Tuesday, September 20, 2011

Rumah Tertutup Syawal

Assalmualaikum  & Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Hari ni sudah 22 Syawal. Masih ada lagi mood raya. Terlebih dulu, sepuluh jari disusun mohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap. Post kali ni ingin berkongsi sesi rumah tertutup yang telah diadakan pada 17 Sept 2011 yg lepas. Kenapa rumah tertutup? Hihi.. hanya beberapa orang saja yang dijemput. Belum berkemampuan nk buat rumah terbuka. Maaf kepada yang tidak dijemput. InsyaAllah rezeki di tahun-tahun hadapan kami akan buat 'OPEN HOUSE'.
Menu ala-ala kadar kami sediakan antaranya Nasi Kerabu Tumis, Ayam Goreng Berempah, Puding, Kek Lapis, Air yang ada kelaasss (Ribena la apa lagi...), dan kuih muih raya yang masih ada.
Terima kasih kepada yang telah mengkompemkan kehadiran mereka antaranya Ayun, Didie, Cik Sab, Diyana TG, Ain TG & pasangan, Aida & pasangan, Kenok & Jue, Basyar & Squid, Dida & family dan Syahril Rizal sekeluarga. Harap-harap makanan yang dijamu boleh diterima tekak maklumlah kami berdua yang jadi chefnya, my wife chef utama aku ni co-chef je la..haha..
Di sini gambar sekitar sesi rumah tertutup kami. Terima kasih semua. Jumpa lagi!
Menu ala kadar dari kami.
Ayam Goreng Berempah
Rombongan pertama sampai.
Gegirl
My Big Bro's Family
Dida's Family
Pasangan bakal raja sehari


Monday, August 22, 2011

Shoot of the Month (July)

Enjoy!

Haven Restaurant Look Out Point Ampang


Salam 1 Malaysia.

Bersempena birthday my wife last julai aritu, kami telah berkunjung ke Haven Restaurant di Look Out Point Ampang untuk sesi romantic candlelight dinner. Tempahan meja dibuat terlebih dulu sebab memang susah klu walk-in tambahan pulak malam minggu. Klu nk tahu mengenai tempahan blh search kt En Google taip Look Out Point Ampang. Kt situ ada no tel untuk proses tempahan.

Mmg seperti yang dijangkakan, pelanggan mmg ramai. Ada yang terpaksa menunggu sbb walk-in. Kami ni dengan slumber je datang dan terus ada meja. Lokasi meja jugak memang strategic, tingkat atas di hujung anjung. Terbentanglah panorama Bandaraya KL dengan lampu-lampunya. Memang nice view la..

Bab makanan semuanya telah diatur sbb ni kan pakej. Dari appetizer hinggalah pencuci mulut semua disediakan. Dan harganya jugak berpatutan RM 100++. Disebabkan appetizer yang agak sedap (udang tempura), kami nyaris-nyaris tak dapat nak habiskan main course iaitu Lamb Chop (main course ada beberapa pilihan). Pencuci mulut kami pilih banana split. Selesai makan sesi bergambar la pulak...tp susah la nk amik gambar berlatar belakangkan lampu2 cmtu..hihi..(aku je yg x pandai amik gmbr sebenarnya.)
 
Ni ada beberapa keping gmbr untuk tatapan semua. Bye!






 Birthday girl...

Sunday, August 7, 2011

Misi Mencari Strawberi & Minum Teh @ Cameron Highland


Assalamualaikum & salam 1 Malaysia...
Perghh lama x update blog sendiri..ni la perangai aku bila bab2 nk menulis ni. Dekat setengah tahun kot. Sorry ye.

Ok kali ni nk bercerita mengenai misi aku & my wife mencari strawberi & minum teh di Cameron Highland. Sebenarnya my wife dh lama nk datang sini, sbb belum pernah sampai katanya. Punya dok delay, akhirnya date ni kami decide nk p sana.
Awal lagi aku dah booking hotel melalui Agoda.com. Murah la skit dari harga biasa. Hotel yang kami check-in ialah Iris Hotel. Muka perjalanan seawal pukul 9 pagi dari BPA..plan asal kononnya pukul 7 pagi..tp apakan daya ter‘extend’ la plak..hihi..biasa la..
Perjalanan makan masa lebih kurang 3-4 jam bergantung kepada cara pemanduan. Mau cepat sampai laju la..opss jgn kena speed strap sudahh. Keluar susur ke Tapah dan menuju ke Cameron Highland dalam 40-50km gitu nk sampai sana. Jalan kampung dan agak bengkang-bengkok. Sapa2 yg tak tahan tu dinasihatkan makan la ubat penenang siap2 ye. My wife ok je time naik ni..balik??? 
Alhamdulillah pkul 1 ptg kami smpai tempat yg ditujui iaitu Iris Hotel. Berdekatan dengan pekan Brinchang. Memang betul-betul tepi jalan. Check-in mudah saja sbb dh booking & pembayaran pun memang dah settled, just masuk je la... ni gambar mengenai Iris Hotel.
My wife keletihan...
Ruang bilik


View dari valconi

View dari valconi lagi
Toilet bersih

Berehat sekejap melepaskan tenat drive, pastu kami keluar menuju destinasi pertama kami iaitu Boh Sg Palas Plantation Farm. Tengok kilang memproses teh, ala-ala muzium je pastu lepak-lepak di cafe menikmati minum petang.. mesti la minum teh..Sg Palas Original Tea. Disyorkan minum tanpa gula untuk menikmati rasa teh sebenar. Tapi aku tak boleh blah jugak, kena la tambah gula baru ada ummm!


Destinasi seterusnya Rose Garden,melihat bunga-bungaan. Masuk bayar RM4 seorang..pusing-pusing la tengok pelbagai spesis bunga yg pom-pom dia punya kembang. My wife berposing sakan la bersama bunga-bunga tu. Aku la jurukameranya..hihi..tapi mmg aku suka.
 Kat Rose Garden

Lavender girl

My wife teringin sangat nk p ladang strawberi..tapi tak tau nk p ke mana. Semuanya ada tulis ladang strawberi. So kami decide esok saja kami cari ladang strawberi tu. Time pun dah petang, kami decide nk p meronda kt Pasar Malam Brinchang. Memang heaven dengan sayur-sayuran, buah strawberi dan makanan-makanan. My wife memborong sakan la, mengidam sangat nk makan strawberi..memang terus beli kt situ je. Paling aku geram tengok sayur la..ada yang jual 10 bungkus RM10..sayur yg pelik-pelik pun ada. Walaupun kami tak masak di sana, sebab geram sangat tengok sayur yang segar-segar tu beli jugak 10 bungkus. My wife borong bunga, makanan skit konon nk makan kt bilik la malam karang..emm, tak termakan pn.

Menjelang senja, suhu pun semakin menurun. Badan mula kesejukan, perut mula la berkeroncong. Dok pusing-pusing dengan kereta semuanya nampak kedai steamboat cha ya nun alip je. Aduh kebuntuan mencari tempat makan ni. Nasib baik ada teknologi terkini, serve internet melalui phone..ada satu blog suggestkan kedai makan melayu kt Pekan Brinchang. Berdekatan dengan Masjid Brinchang. Nik Ikan Bakar dan Tom Yam. Alhamdulillah akhirnya jumpa kedai melayu. Dari pemerhatian aku mungkin kedai ni dimiliki oleh orang Kelantan sebab ternampak gambar Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat tergantung di salah bilik setornya. My wife bangga la tu.. order nasi 2, sup daging, sayur kalian ikan masin, udang sambal petai dengan teh O suam 2 = RM18 je. Murah la tu. Pulang la ke hotel dengan tenangnya serta kelenguhan kaki yg ketara.
 Nik Ikan Bakar & Tom Yam

Tengah malam dan pagi waktu paling sejuk kt sini. Kabus tebal tak nampak apa-apa. Patut la hotel kat sini semuanya tak ada air cond. Sejuk menggigil kot. Disebabkan sejuk dan malas nak bangun pagi-pagi sangat, kami decide keluar lewat skit, terus check-out dalam pukul 10. 

Destinasi seterusnya Raju Strawberry Farm. My wife nak petik sendiri, tapi macam takde orang pun yang buat mcm tu. Kat sini pekena Strawberry Chocolate. Selesai sudah bab ladang strawberi. Turun singgah kejap kedai pokok. My wife angkut pokok kaktus berjurai-jurai tu satu ngan pokok ulam pegaga nk gantung kat umah. So, bergerak la kami pulang ke BPA. Sempat singgah di Bharat Tea House pekena teh tarik..memang kauuu!
 Raju Strawberry Farm

Strawberry coklat

Selesai story mory pasai Cameron ni. InsyaAllah hujung tahun ni ke Bandung plak..hihi..jalan-jalan sana plak. Passport pun dah siap..YahuUuuu!

*Teringin nak ke Bandar Raya Ho Chi Minh...cam best je.

Wednesday, January 12, 2011

5 Tips Untuk Mengempiskan Perut

Haha...tiba-tiba nk bagi tips plak kan..apa kes? Entah la, tiba-tiba rasa badan dah mula naik. Kalau orang perempuan yang naik badan tak pe jugak, ada alasan..kena buatan orang ye tak.. Hihi.. Ada orang kata bila dh mula naik badan tu tanda orang tu bahagia, betul ke? Sejauh mana kebenarannya anda sendiri yang senilainya dan merasainya. Nak rasa camna bahagia, jomlah berkahwin..hehe.

Ni tips yang sempat di search laman sesawang, bukan aku punya tips, orang punya tips..aku kongsikan bersama je. Ni link dia:

Semoga ia memberi manfaat untuk kita bersama.. Jumpa lagi.. Bye. Assalamualaikum.

Monday, January 3, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011 | TAHUN BERTEKAD


Selamat tahun baru 2011 kepada semua. 2010 telah pun pergi meninggalkan kita dan akan menjadi kenangan dalam diari kehidupan kita. Bagi aku, 2010 sangat bermakna dan akan dikenang sepanjang hayat. Tahun di mana berlaku perubahan dalam hidup ini. Alhamdulillah, kehidupan kini lebih sempurna dengan adanya orang tersayang di sisi. Semoga 2010 menjadi satu permulaan yang membawa ke arah keberkatan Allah SWT. InsyaAllah...
 2011 : Ahlan wasahlan. Semoga tahun baru ini membawa kita ke arah kebaikan dan sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Banyak perancangan yang mula direncana sepanjang tahun ini, antaranya yang pasti tersenarai di baris atas iaitu memohon untuk berpindah stesen bertugas. Mungkin terpaksa berjauhan dengan orang tersayang merupakan ujian dari Allah SWT, dan sebagai hamba-Nya, kita tidak harus mengalah. Allah itu Maha Adil dan percayalah sekali gagal, tidak bermakna akan gagal selama-lamanya. InsyaAllah jika kita letakkan kesabaran di paras tertinggi, segala rezeki yang dikurniakan itu nanti lebih terasa maknanya.
Malam tahun baru baru-baru ini, aku dan insan tersayang telah melapangkan masa bersama-sama untuk menikmati makan malam di Restoran T.G.I. Friday’s di The Curve. Atas cadangan insan tersayang yang ingin mencuba makanan di sana, tempahan meja telah dibuat terlebih dahulu. Memang satu tindakan tepat, dimana malam tersebut ternyata restoran itu fully booked. Yang walk-in terpaksa menunggu giliran di luar restosan. Layanan yang terima juga pantas, tidak perlu menunggu lama walaupun meja semua penuh. Makanannya juga enak dan membuatkan nafsu makan membuak-buak. Tapi ingat, makanlah berpada-pada. Kesihatan perlu diutamakan. (Ayat insaf ke??) Di sini disertakan beberapa gambar untuk dikongsi bersama. Semoga kita berjumpa lagi. Bye!








>>>SELAMAT TAHUN BARU 2011<<<

Saturday, January 1, 2011

JADUAL GAJI BAGI KAKITANGAN KERAJAAN 2011

Salam...
Bila sampai je hujung bulan, akan ramailah manusia mengalami satu sindrom iaitu sindrom kekeringan poket. Kalau banyak poket yang nak diseluk tu ok la lagi, kering poket yang sana seluk poket yang sini, kering yang sini seluk yang di sinun pulak. Tapi kesian la sesiapa yang hanya mempunyai satu poket saja. Kering yang ini alamatnya berpuasa la sepanjang hari sementara menunggu gaji bulan seterusnya. Memang satu penyeksaan bila menunggu gaji nak masuk tambah2 pulak bila dah capai tahap kering kontang. Huhu..biasa la inilah namanya kehidupan. So, beringat-ingatlah kita dalam berbelanja. Jadikan kebiasaan anda untuk membuat belanjawan setiap bulan agar perbelanjaan anda terurus dengan baik hingga ke hujung bulan. Dan enjadi kebiasaan bila tiba time keluar gaji akan berpusu-pusulah manusia ke bank untuk mengeluarkan hasil masing-masing. Syukur Alhamdulillah atas rezeki yang Allah kurniakan.

Ini link untuk jadual gaji kakitangan kerajaan sahaja ya...yang swasta tu tanya la company anda sendiri.
www.anm.gov.my/public_html/pek/gaji2011.pdf

Wassalam.

CADANGAN CUTI BERGANTI DAN CUTI PERISTIWA SEMPENA PERAYAAN-PERAYAAN 2011

Salam...

Sila layari laman web Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Sarawak untuk maklumat lanjut. URL http://www.btpnswk.edu.my/index.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=57&tmpl=component&format=raw&Itemid=68

*Boleh la plan cuti-cuti anda mulai sekarang!