Thursday, December 30, 2010

8 OKTOBER 2010 | DETIK BERSEJARAH DALAM HIDUP

Ya Allah
Kau Satukan Hati Kedua Mempelai Ini
Seperti Mana Kau Satukan
Adam Dan Hawa; Yusof Dan Zulaikha
Dan Sepertimana Kau Satukan Hati Junjungan
Nabi Muhammad S. A. W. Dan Siti Khadijah.
Kami Memohon Doa Restu Mu,
Berkatilah Majlis Kami Ini Dan Lindungilah
Agar Ia Berada Dalam Keadaan Sempurna.
Semoga Jodoh Pasangan Ini,
Firdaus & Norhanifah
Berkekalan Sehingga Ke Akhir Hayat,
Di Dunia Dan Akhirat Serta
Dikurniakan Zuriat Yang Soleh Dan Solehah.
Semoga Kehidupannya Dipenuhi
Al-Muawaddah Dan Al-Rahman
Di Dunia Dan Akhirat.
Amin Ya Rabb.
Pada tanggal 8 Oktober 2010 jam 5.30 petang telah selamat berlangsungnya majlis akad nikah bertempat di Masjid Gaul Tok Deh, Rantau Panjang, Kelantan. Dengan sekali lafaz, Saudari Norhanifah Bt. Mohd Yazid secara rasminya telah bergelar isteri kepada Saudara Muhammad Firdaus Bin Haji Dasuki.
Terima kasih diucapkan kepada keluarga pihak pengantin perempuan yang telah memberikan layanan yang cukup istimewa kepada rombongan dari Kuala Nerang sepanjang berlangsungnya majlis tersebut. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada saudara mara (Mama, Abah, Along, Angah, Kak Ina, Kak Ngah, Long Dah, Long Man, Mak Teh, Pak Teh, Kakak kepada Kak Ina dan yang lain-lain) kerana sudi menyertai rombongan pengantin lelaki. Terima kasih juga yang tak terhingga kepada Naza and da geng from Fotologi Team yang menjadi jurufoto rasmi sepanjang majlis berlangsung (Anda mmg HEBAT!). Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi anda semua.
Memang betul la bila orang kata time akad nikah tu paling nervous. Bila rasa sendiri baru tau. Sebelum bergerak ke masjid untuk majlis akad nikah tu ada beberapa orang pesan kt aku antaranya Mama, Mama suruh banyak berselawat dan beristifar. Masa nak turun dari rumah tu Long Man ada jugak pesan, baca surah 3 Kul dengan sekali nafas supaya nanti lancar time akad nikah. Memang rasa gemuruh, gabra semua ada... tambah plak bakai Pak Mertua masa tu dok call2 tanya dok kt mana dah,.bertambah2 la gabra dia. Masa dalam keta pn aku try me-rileks-kan diri, Abah yang bawak keta time tu. Mulut kumat kamit baca macam2... dengan dok hafal lafaz akad nikahnya, dok hafal rukun nikah takut2 Tok Kadi tnya ka..haha.. memang cuak abes la.
Sampai di masjid, rombongan perempuan dh ready lama dah. Aku keluar dari keta teruih mengeliat, tah la tindakan rifleks kot bila ngah nervous. Langkah masuk masjid dgn kaki kanan, tengok muka Tok Kadi aka Tok Imam Masjid Gual Tok Deh aku lega skit. Muka dia rileks je, tok imam kampung...siap bersandar kt tiang lg. Duduk atas ***** (ala yang orang dok lapik masa akad nikah tu la aku pn lupa org panggil apa) dan orang2 lain mula duduk di sekeliling aku. Bila Tok Kadi mula berkhutbah tu aku gunakan untuk menenangkan diri..dengar-dengar jugak, tapi lebih banyak rilekskan diri. Time sebelum akad nikah tu, Tok Kadi suruh aku lafaz akad nikah cmna. Aku pn cakap la,  "Aku terima nikahnya...bla..bla..bla..". Pastu dia tanya orang ramai ok ke tak lafaz cmtu. Cuak jugak takut2 salah ke apa ke... Orang lain cakap ok, pastu dia pn cakap ok. Lega...
Time shake-hand ngan Tok Kadi tu aku rasa semacam, tiba2 bulu roma menegak je. Tambah la ngan suara Tok Kadi tu tiba2 ja jd kuat, mengeletaq jugak aku. Bila aku abes ja balas lafaz nikah dari Tok Kadi tu, orang di sekeliling pn hangguk bermakna sah... aku rasa macam satu aura masuk dalam badan aku. Dari bawah naik ke atas. Memang rasa ada semacam skit la. Mungkin la tu tanda Allah dh mula letakkan satu tanggungjawab atas bahu lelaki yang bergelar suami untuk memimpin isterinya. Datang rasa sebak tambah2 bila tengok wajah Mama mula menitiskan air mata. Aku pn jadi sebak semacam. Menitis jugak air mata aku.. *bini aku cakap nampak sangat anak mak. Aku tak kisah..
Bermula dari detik itu, aku telah bergelar SUAMI kepada ISTERIku Norhanifah Binti Mohd Yazid. Syukur Alhamdulillah.
Walimatulurus sebelah perempuan telah berlangsung keesokkan harinya iaitu 9 Oktober 2010 bersamaan 1 Zulkaedah 1431H pada hari Sabtu. Kami memakai persalinan berwarna putih pada awalnya dan warna kuning selepas itu. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi datang memeriahkan majlis tersebut. (Isal, Enul, Diyana Ridwan, Cek Ah, Aida dan pasangannya (pengapit), Nani dan yang lain2 = ifah ingat lg nama yang lain2 tu).
Dan Walimatulurus sebelah lelaki telah berlangsung pada 27 November 2010 bersamaan 20 Zulhijjah 1431H pada hari Sabtu. Berkonsepkan ala2 Morocco (ntah la itu yg Mak Andam tu bgtau aku) berwarna Purple belacan, majlis berlangsung dengan lancar. Syukur Alhamdulillah. Terima Kasih kepada rakan2 yang datang: Yaser (pengapit aku tu), Acap ngn Didie, Dida, Tabby, Cik Na, Ayun, Hajar Kechik dan lain2...
Dengan terdirinya masjid yang dibina atas nama cinta ini, semoga berkekalan sehingga ke akhirnya di dunia dan di akhirat dan senantiasa diberkati Allah SWT.
Berjumpa lagi...WASSALAM. 

Gambar dari FB Riesyam Ishak

Gambar ihsan dari FB Naza Ben Ahmad


Gambar ihsan dari FB Somrat Sam Somchai

Gambar ihsan dari Ayun