Sunday, June 17, 2012

GILA BOLA???


Murid-murid SK Long Segaham menunjukkan mereka betul-betul 'gila bola'. Hari-hari main bola sampai jadi macam ni bolanya. Syabas kerana menggunakan kemudahan yang diberikan dengan sepenuhnya. Pecah bola ni baru cikgu ganti yang baru k. Bukan tak mahu tukar yang baru, murid-murid lebih suka bola ni sebab lembut dan kalau kena rembat tak la sakit sangat.

*Gambar tidak bermaksud sekolah saya tak ada bola sepak yang lain ye. Karang marah cikgu sukan. Hanya untuk menunjukkan keghairahan 'gila bola'.

DEMAM EURO TELAH MELANDA


Pejam celik pejam celik dah bersawang blog aku ni rupanya. Hampir 9 bulan jugak tak menulis apa2 di sini. Mungkin tak ada story sangat tentang life aku ni dan banyak perkara perlu diberi keutamaan. Alhamdulillah sekarang ada masa terluang untuk menulis sesuatu kt sini.

Bermula 9 Jun 2012 yang lepas 1 demam telah melanda dunia. DEMAM EURO, bagi kaki-kaki bola la termasuk la aku ni (kaki bola ker?)..Memang demam la rasanya sebab perlawanan semuanya tengah malam dan awal pagi. Malam tak tidur bila siang boleh rasa pening-pening nak demam jugak la. Apa boleh buat, benda 4 tahun sekali nak rasa. Hehehe...

Jom kita tengok sedikit pengenalan ringkas mengenai EURO atau boleh dikenali juga sebagai Piala Eropah untuk sesiapa yang tak tahu langsung pasal bola sepak. Pertamanya Piala Eropah melibatkan negara-negara di benua Eropah sahaja. Jangan ada pula yang cakap dia sokong pasukan Brazil untuk EURO ni ye. Malu aihh kalau orang dengar macam tu. Ia diadakan sekali dalam 4 tahun sama juga dengan Piala Dunia tetapi selang 2 tahun. Contohnya Piala Dunia yang lepas pada tahun 2010, EURO kali ni pada tahun 2012. Begitulah berselang seli setiap 4 tahun.

Mungkin ramai yang bertanya kenapa EURO ni terlalu luas publisitinya berbanding piala-piala di benua lain? Kenapa ye? Sebabnya kebanyakan pemain-pemain hebat bola sepak datang dari Negara Eropah dan liga-liga bola sepak di Eropah sangat diminati oleh semua kaki bola di seluruh dunia. Sebagai contoh Liga Perdana Inggeris (EPL) di England, Bundes Liga di Jerman, La Liga di Sepanyol, dan Serie A di Itali. Jadi kejohanan ini mengumpulkan bintang-bintang hebat bola sepak dunia. Lagipun ni la masanya nak mengubat rindu nak tengok bola, selalunya dari bulan Jun hingga Oktober setiap tahun (kalau tak salah aku la) kebanyakan liga-liga ni sudah tamat. 3-4 bulan juga mati kutu tak ada siaran langsung perlawanan bola sepak yang best2. Dapat tengok kedai mamak lengang tak ada pelanggan time2 hujung minggu. Tu la kesannya bola sepak terhadap kedai-kedai mamak ni.

Ok sekarang kita tengok senarai pasukan negara yang bertanding di EURO 2012 mengikut kumpulan masing-masing.

KUMPULAN A:
RUSIA, POLAND (TUAN RUMAH BERSAMA), REPUBLIK CZECH, GREECE
KUMPULAN B:
SEPANYOL, ITALI, CROATIA, IRELAND
KUMPULAN C:
JERMAN, BELANDA, PORTUGAL, DENMARK
KUMPULAN D:
ENGLAND, SWEDEN, PERANCIS, UKRAINE (TUAN RUMAH BERSAMA)

So ,mesti ramai yang mempunyai pasukan pilihan masing-masing kan. Apa pun pasukan pilihan anda janganlah kita terlalu taksub sehingga menimbulkan perkara-perkara yang tak diingini. Semangat kesukanan tu bagus untuk kita merapatkan lagi ukhuwah sesama insan bukannya menambahkan persengketaan. Kalau kita boleh menyokong pasukan negara lain bagai nak rak, diharapkan begitu jugalah sokongan kita kepada pasukan negara kita Harimau Malaya bagi mengekalkan gelaran juara Asia Tenggara.
 
Ok cukup la merapu sikit-sikit, apa-apa pun nasihat saya tengok bola tu tengok juga tapi jangan sampai mengganggu produktiviti kerja kita di siang hari. Jumpa lagi, bye! Wassalam. 

Jersi-jersi EURO untuk sahabat-sahabat di SK Long Segaham
* Sesiapa nak tempah jersi blh calling2 saya k

 Aku beli sebab aku target Jerman menang tahun ni..hihi :)