Monday, January 3, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011 | TAHUN BERTEKAD


Selamat tahun baru 2011 kepada semua. 2010 telah pun pergi meninggalkan kita dan akan menjadi kenangan dalam diari kehidupan kita. Bagi aku, 2010 sangat bermakna dan akan dikenang sepanjang hayat. Tahun di mana berlaku perubahan dalam hidup ini. Alhamdulillah, kehidupan kini lebih sempurna dengan adanya orang tersayang di sisi. Semoga 2010 menjadi satu permulaan yang membawa ke arah keberkatan Allah SWT. InsyaAllah...
 2011 : Ahlan wasahlan. Semoga tahun baru ini membawa kita ke arah kebaikan dan sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Banyak perancangan yang mula direncana sepanjang tahun ini, antaranya yang pasti tersenarai di baris atas iaitu memohon untuk berpindah stesen bertugas. Mungkin terpaksa berjauhan dengan orang tersayang merupakan ujian dari Allah SWT, dan sebagai hamba-Nya, kita tidak harus mengalah. Allah itu Maha Adil dan percayalah sekali gagal, tidak bermakna akan gagal selama-lamanya. InsyaAllah jika kita letakkan kesabaran di paras tertinggi, segala rezeki yang dikurniakan itu nanti lebih terasa maknanya.
Malam tahun baru baru-baru ini, aku dan insan tersayang telah melapangkan masa bersama-sama untuk menikmati makan malam di Restoran T.G.I. Friday’s di The Curve. Atas cadangan insan tersayang yang ingin mencuba makanan di sana, tempahan meja telah dibuat terlebih dahulu. Memang satu tindakan tepat, dimana malam tersebut ternyata restoran itu fully booked. Yang walk-in terpaksa menunggu giliran di luar restosan. Layanan yang terima juga pantas, tidak perlu menunggu lama walaupun meja semua penuh. Makanannya juga enak dan membuatkan nafsu makan membuak-buak. Tapi ingat, makanlah berpada-pada. Kesihatan perlu diutamakan. (Ayat insaf ke??) Di sini disertakan beberapa gambar untuk dikongsi bersama. Semoga kita berjumpa lagi. Bye!








>>>SELAMAT TAHUN BARU 2011<<<

No comments:

Post a Comment