Saturday, July 24, 2010

*Maaf Lama Tidak Ketemu*

Salam kepada semua. Pertama sekali saya meminta maaf kerana telah lama tidak menulis di ruangan ini. Banyak kerja setiap hari ditambah pula tanggungjawab mengajar tahun peperiksaan memang membuatkan aktiviti seharian penuh.
Banyak aktiviti mahupun peristiwa berlaku sepanjang saya tidak meng-update ruangan ini. Antaranya:

1) Perayaan Pra Gawai (Gayu Guru Gerai Nyamai) peringkat SK Long Segaham yang telah diadakan dengan gilang-gemilang pada 22 May 2010 yang lalu. Antara aktiviti yang diadakan ialah Gotong Royong Perdana, Mesyuarat Tahunan PIBG SKLS 2010, sukan rakyat antara staf sekolah dan ibu bapa, dan majlis penutupan pada sebelah malamnya diserikan lagi dengan kehadiran penyanyi jemputan.

2) Seorang guru SK Long Segaham, En. Zulfadli telahpun berpindah ke negeri Selangor (SK Bukit Raya, Hulu Langat) pada sesi perpindahan bulan Jun yang lalu. Ucapan selamat berpindah diucapkan kepada beliau dan semoga sukses menjalankan tanggungjawab di sekolah baru. (*aku ntah bila la plak..hehe..)

3) Cuti Persekolahan Semester 1 selama 3 minggu memang sesuatu yang menyeronokkan. Manakan tidak, keistimewaan ini hanya dirasai oleh guru-guru di negeri Sarawak dan Sabah sahaja kerana kebetulan perayaan Hari Gawai dan Pesta Menuai disambut seminggu sebelum cuti sekolah bermula. Kesempatan cuti ini telah pun dimanfaatkan sebaiknya menyelesaikan perkara-perkara yang perlu dilakukan sempena menanti hari bahagia.  (',')

4) Pada 11 Julai yang lalu merupakan Ulangtahun Kelahiran insan teristimewa iaitu Norhanifah Bt Mohd Yazid yang ke-26. Selamat Hari Jadi dan semoga dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki diucapkan kepada beliau. Bersempena itu, saya pun telah terbang pulang ke semenanjung pada 16 Julai yang lalu untuk meraikannya. SELAMAT HARI JADI SAYANG!



Begitulah serba sedikit peristiwa yang telah berlaku menjadi satu catatan dalam perjalanan hidup yang singkat ini.

Apa yang saya ingin kongsikan pada kali ini ialah berkenaan keperluan asas yang perlu dipenuhi. Ceritanya begini, telah pun dikhabarkan hampir seluruh sekolah di negeri Sarawak yang menggunakan generator untuk menjana bekalan elektrik terpaksa manghadapi catuan bekalan elektrik. Hanya 12 jam diperuntukkan untuk 1 hari manakala 12 jam lagi terpaksa berpanas dan bergelap tanpa bekalan elektrik.
Apa yang menghairankan pihak kontraktor memberi jawapan kontrak sudah tamat. Perkara sebegini telah berlaku beberapa kali sejak awal tahun lagi. Kenapa perlu membuat kontrak sekejap-sekejap (3 bulan sahaja)? Selaku penjawat awam kita patut menerima keadaan ini.. pasrah. Mungkin pihak kerajaan kekurangan sumber kewangan buat ketika ini. Itulah yang dapat digambarkan. Namun, apa yang membuatkan saya tergerak hati untuk menulis kali ini ialah dapat dilihat dan dibaca di mana-mana sumber mengwar-warkan pelbagai program baru berkaitan pendidikan khususnya. Pelbagai perubahan dirancang hendak dilakukan namun pernahkah anda terfikir kemudahan asas yang wajib disediakan pun belum dapat diselenggara dengan baik? Bagaimana hendak menjalankan program-program tersebut kalau asasnya pun tidak kuat.
Bukan niat saya hendak menuding jari kepada sesiapa, cuma ingin berkongsi pandangan dari orang yang berada di bawah yang melihat ke atas. Yang di atas memang perlu memandang ke bawah tetapi perlu juga turun ke bawah untuk memandang ke atas bersama-sama. Baiklah, kita tutup ini cerita.

Memandangkan kita bakal memasuki bulan Ogos, di sini saya ingin mengingatkan anda semua dua perkara. Pertamanya, marilah kita bersama-sama menghayati semangat kemerdekaan bersempena kita memasuki Bulan Kemerdekaan. Tunjukkan yang kita amat berbangga dengan MALAYSIA.
Dan yang keduanya ialah ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak yang dijangka pada 11 Ogos nanti. Bolehlah praktis-praktis puasa sunat pada bulan Syaaban ini sebagai persediaan kita menjalankan kewajipan di bulan Ramadhan nanti serta mengambil berkat bulan Syaaban. Dan kepada yang belum selesai melangsaikan hutang-hutang puasa yang lalu eloklah disegerakan takut-takut nanti bertemu Ramadhan dengan hutang puasa masih tertangguh. Siapa yang susah?

Akhir sekali, saya sertakan gambar-gambar yang saya rasakan menarik untuk dikongsi bersama. Wassalam hingga berjumpa lagi. Bye!

Jabatan Pelajaran Sarawak

Kasut Sekolahku

Night at Segaham

Jalan Yang Lurus

Sekolahku Rumahku

Warna-warna Kehidupan

Hong (Bahasa Kayan) = Topi

Air Sungai Naik

Ada Apa Dengan Bulan Ogos?

Friday, May 21, 2010

Minggu Ujian Penggal 1

Salam 1 Malaysia...
Dah belajar penat-penat, tiba la masanya untuk diuji...sama ada masih melekat dalam otak apa yang telah diajar ataupun sebaliknya. Ujian Penggal 1 SK Long Segaham telah berlangsung selama 1 minggu bermula 17 Mei - 21 Mei 2010. Berbagai-bagai ragam cara dan kaedah murid-murid menjawab soalan. Di sini terdapat beberapa gambar yang sempat diambil sepanjang minggu ujian.

Warna-warna Kehidupan

Terang Hati

Jejak Pewaris

Mana Jejakmu

Hujung minggu ni SK Long Segaham akan mengadakn Pesta Pra Gawai. Pelbagai aktiviti telah dirancang oleh pihak penganjur. Sama-sama kita nantikan ya.. Wassalam.

Monday, May 17, 2010

Lama tak bersua...sorry!

Lama jugak la nk mengeposkan sesuatu kt blog aku ni.. Sebok mengajaq ke? Haha.. biasa la kekadang ada la masanya kita akan sebok kan.. Sekarang dah bulan Mei. Aduhh, cepat tui masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nk dekat setengah tahun. Macam mana perancangan tahun ini? Adakah masih lagi relevan? Harap-harap macam tu la.

Bersempena Hari Guru yang telah disambut 16 Mei yang lalu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar pendidik di seluruh dunia amnya dan khususnya yang telah mendidik aku menjadi manusia hari ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik para pendidik sekalian.

Tidak lupa juga ucapan Selamat Hari Jururawat (12 Mei) ditujukan kepada Bonda tercinta, Hajah Salmiah Bt. Hanapi. Walaupun sudah bersara tapi ilmu kejururawatan masih kekal dalam ingatan. Semoga senantiasa berada dalam lindungan-Nya. InsyaAllah.

Di sini terdapat beberapa kepingan gambar untuk tatapan anda semua. Semoga bersua kembali. Wassalam.

Kumbang Perkasa

Cinta Setiap Masa

Cubaan Malam Di Segaham

Cubaan Senja Di Batang Rajang

SYERA Di Tempat Kerja --> SEMENSATUSYERA 2001

Istimewa Untuk SYERA --> SEMENSATUSYERA 2001

Hasil Buruan


Thursday, April 1, 2010

Di suatu pagi yang tiada kelas

Salam...
2 gambar ni diambil waktu pagi yang hujan pada sebelah malamnya...ni la kerjanya apabila xdak kelas. Semua kelas selepas rehat..hehe..layan tembak menembak dlu. Juga mempraktikkan penggunaan file RAW semasa snap gambar ni..Sudi2 la memberikan komen untuk meningkatkan lagi bakat yg x berapa nk tajam ni.. thanks!

Saturday, March 27, 2010

MAJLIS PERTUNANGAN FIRDAUS vs IFAH 15 MARCH 2010

Alhamdulillah...apa yang dirancang semuanya telah berjalan dengan selamatnya...dengan keizinan-Nya...
Terdapat beberapa gambar untuk dikongsi bersama...enjoy k...
* kalau nk lihat lagi gmbr dari Official Fotographer sila klik ini:
http://mazmie.wordpress.com/2010/03/23/majlis-pertunangan-ifah-firdaus/













\







Friday, January 8, 2010

good bye 2009 - welcome 2010

Salam...dah terlalu lama x update blog nie. Rasa-rasa dah hampir 2-3 bulan kot..hehe,busy la katakan. Terlebih dahulu selamat menyambut tahun baru 2010 kepada semua. Tahun 2009 telah pergi berlalu menjadi sebahagian lipatan sejarah. Banyak perkara telah berlaku sepanjang 2009 yang lepas samada yang menggembirakan mahupun yang menyedihkan...itulah lumrah kehidupan.

Bagi aku tahun 2009 merupakan tahun yang akan aku ingat kerana 2009 lah bermulanya kerjaya aku sebagai seorang GURU...bermula dengan hari kelahiran aku di awal tahun tidak terlalu menggembirakan dek kerana keputusan penempatan guru baru.."TAHNIAH...ANDA TELAH DITEMPATKAN DI NEGERI SARAWAK"...aduh,memang tersentap dengan ayat tu...

SK LONG SEGAHAM, BELAGA...huh,memang terbaikk...sekolah aku di sarawak ni. Di sini aku mengenal kehidupan yang sebenar...jauh dari segalanya. Dikategorikan sekolah pedalaman tahap ketiga. Sesuatu yang x aku duga...mungkin Allah lebih mengetahui segalanya...aku terima seadanya, kuatkan diri, sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling...Alhamdulillah sudah setahun aku di sini.

DIRI...tahun 2009 menjadikan aku lebih tenang, matang dan puas...banyak perubahan dalam diri. Bertambah la sikit berat badan aku...mak aku cakap aku dah gemuk skit. Alhamdulillah berkat rezeki dari Allah Ta'ala. X lagi susah hati kalau dulu mungkin la...stress asyik fikir nak mencari kerja...duit dan sebagainya. Banyak keperluan diri dapat disediakan...mahupun kemahuan diri. Kesempatan berada di perantauan ni memang banyak mengajar erti kehidupan yang sebenar. Ingatkan diri kita dulu saja yang susah. Di sini ada lagi orang yang lebih memerlukan dari kita. Syukur sekali lagi, Allah telah meletakkan aku di sini..kehidupan sehari-harian sentiasa mengajar aku.

2010...semoga aku terus mencari keberkatan-Nya dari rezeki yang dikurniakan ini. Semoga apa yang direncanakan tahun ini berjalan di bawah keredaan-Nya...bersama-samalah kita terus berusaha menjadi insan yang lebih baik pada tahun ini. Kesilapan/kekurangan yang lalu kita jadikan pengajaran dalam meniti tahun 2010 ini.

TERIMA KASIH 2009 dan SELAMAT DATANG 2010


  

Monday, December 14, 2009

Kesempatan Di Cuti Sekolah

Salam semua. Kesempatan sempena cuti sekolah ni ada la beberapa pic nak di share utk semua.






































Di lain kesempatan kita bersua lagi...wassalam.