Tuesday, October 20, 2009

Dato’ Angkasawan @ SK Long Segaham

Tengah aku bersantai-santai di rumah, tiba-tiba budak ketuk pintu rumah aku. "Cikgu-cikgu, angkasawan datang sekolah kita", kata budak bernama Ramos depan pintu rumah. Aku rasa pelik, apa yang budak ni dok merapu ni. "Ramos, apa kamu merepek ni? Angkasawan apa pulak dahh?". Tanya aku kat Ramos. Angin jugak la rasa budak-budak ni dok kacau petang-petang macam ni. "Betul cikgu, mari tengok kat luar", balas Ramos. Aku pun pi la kat serambi rumah jenguk apa yang diperkatakan Ramos tadi. "Eh, macam besa tengok". "Tu la cikgu,angkasawan...", celah Ramos. "Ok, jap cikgu turun".

Terkejut gak beb, tiba-tiba Angkasawan Negara singgah kat sekolah aku. Dia dalam perjalanan dari Belaga ke Bakun. Pagi tadi dia bagi ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar kawasan Belaga. Kebetulan sekolah aku terletak kat tepi sungai on the way Belaga - Bakun, so dia singgah la kejap tengok budak-budak kat sini macam mana. Bukan budak saja yang excited, dengan cikgu-cikgunya sekali excited. Tah la budak-budak aku ni kenal tak siapa yang datang tu. Layaaannn je. Sempat la bergambar kenang-kenangan bersama Angkasawan Negara, Dato' Dr. Sheikh Muzaphar Shukor Al-Masrie Bin Sheikh Mustapha.



Lepas dia balik, aku jadi berfikir-fikir. Famous jugak jadi angkasawan kan. Dia angkasawan, aku cikgu. Haha. Memang jauh panggang dari api la. Masing-masing punyai kemahiran tersendiri. Mungkin la kerja menjadi angkasawan ni jarang-jarang dapat, guru pulak berlambak-lambak. So yang susah nak dapat tu la lagi famous. Lagipun kerja dia bukan semua orang boleh buat.

Timbul persoalan, dia naik ke angkasa lepas tu hanya sekali, tapi dikenang seantero dunia. Aku ni yang mengajar tiap-tiap hari, mungkinkah dikenang sebegitu? Bukanlah niat hendak dikenang-kenang atau disanjung-sanjung, tapi entah la kadang-kadang fikiran kita ni selalu memikirkan perkara yang tak sepatutnya difikirkan. Astaufirullah...

Bagi aku, manusia itu sama saja. Kita hanya hamba-Nya. Pucuk pangkalnya nanti mati semua masuk kubur (insyaAllah) dan bersidanglah kita dengan Yang Maha Pencipta. Yang hanya membezakan kita kedudukan kita di sisi Yang Maha Pencipta. Biar la pengemis sekalipun, kalau dia dipandang mulia di sisi Allah, berbahagialah dia. Jadi tidak kiralah siapapun kita, jalankanlah tanggungjawab kita sebagai Khalifah di muka bumi ini seperti yang telah ditentukan-Nya tanpa mengharapkan sanjungan dan pujian daripada makhluk lain. Hanya pohonlah keberkatan dari Yang Maha Berkuasa.

p/s: ini hanya ngomelan aku semata-mata, tiada terniat memperkatakan dan menyinggung perasaan sesiapa. :)

Wednesday, October 14, 2009

ayuh sedarlah bangsaku...

Salam semua..Aku terpanggil untuk tulis ni atas rasa CINTAKAN NEGARA...

Bila aku dok ulang lagu ni, jadi sebak plak..tiba-tiba rasa bersemangat. Memang sesuai utk kita generasi sekarang untuk sentiasa mengingati jasa generasi lepas yang bersusah payah menjadikan negara kita Malaysia seperti yang kita nikmati sekarang. Bukan mudah untuk memerdekakan diri dari genggaman penjajah, dan kita generasi sekarang mempunyai tugas yang lebih berat iaitu mempertahankan kemerdekaan yang telah dikecapi ini. Lihat saja contoh yang sudah tertampang depan mata, banyak negara yang terkulai di tangan kuasa lain. Mahukah kita menjadi seperti mereka? Tepuk dada tanya selera.

KLIK SINI UTK DENGAR LAGU NI:
http://www.youtube.com/watch?v=WErVkXCwBTg

Sunday, October 11, 2009

Kasih murid kepada gurunya.

Salam..
hari tu aku terkejut bila Angela (murid Tahun 2) panggil nama aku masa keluar dari dewan makan..Bila aku sampai kt dia, "ckgu, nah.." kata Angela kt aku.."apa benda ni?"..aku tanya. Ingatkan surat bebudak mcm aku penah terima masa praktikum dulu..."Nanti la cikgu tengok.."kata Angela lalu terus berlari ke dewan makan..
Sambil jalan ke Bilik Guru, aku pun buka la kertas yang Angela bagi tu..




"oo,boleh tahan lukisannya.." walaupun tak la secantik mana tapi aku kagum gak sebab tu hasil lukisan murid Tahun2..sampai kt Bilik Guru, aku pn cerita la kt Cikgu Wafi kata ada budak kelas dia bagi aku lukisan ni..Cikgu Wafi pun gtau la yang lukisan tu bertajuk 'Cikgu Yang Saya Sayangi'.

waa..terharu siot...

Man United Fans.

Salam..
Kalau anda ke Bintulu anda akan terjumpa sebuah gerai makan khas utk peminat ManU...haha..xde la..kedai ni namanya Makan United..design signboard mcm ManU..kaler merah..
tp aku pn jarang g lepak situ..tah la kenapa..tepuk dada tya tekak yg merasa...Wassalam..




Friday, October 9, 2009

portrait.

beberapa pic yg diolah utk tatapan bersama...
biarlah pic2 ni yg bercerita kepada anda semua..
selamat menjamu mata...