Saturday, September 19, 2009

SESUATU YANG TIDAK DISANGKA

Sepatutnya aku balik hari khamis 17 sept pukul 4ptg..ingatkan awal lg. Tapi bila dengar kekawan sekolah ada yang dah balik, mula la hidup xsenang. Teringat kt kg la, nak balik shooping la..macam2 mula bermain di fikiran. Terus ambil tindakan nekad. Terus subscribe internet guna handphone. Online check tiket. Nasib memang nak bagi aku balik raya awal..hihi..tiket belum habis lagi. Bab kena denda berapa tu dah tak jadi hal..tya Wafi & Bad..terus setuju..terus bayar online. Keja aku dh settle, tinggal bab jumpa GB cakap nak balik awal je. Aku serahkan kt Wafi & Bad settlekan tu. Wafi gunakan alasan nak pergi ambil diploma kt maktab. Terus diluluskan nak balik awal..
Haha..yes..akhirnya aku berjaya balik raya awal...klu x, xsempat la nk shopping..hihi..
Ni ada gambar on the way balik raya...sungai, udara, darat..semua aku rasa..pengalaman...





dengan Wafi



dengan Bad

Muka masing2 ceria nak balik raya. Lepas sahur, terus x tidur. Tak sabar nak balik.

Pukul 6:30 pagi, bermulalah ekspedisi Balik Kampung. Ambil masa lebih kurang 1 jam naik perahu untuk sampai ke Belaga. Sampai kat sana, Ah Kiat sudah menunggu dengan 4W nya..
Pukul 8 pagi bergerak ke Bintulu ambil masa 4-5jam. Yang paling aku xbest kena lalu jalan balak lebih kurang 2jam. Bergoyang-goyang kepala. Mangsa yang paling sensitif Bad la..Slalu time keluar pergi Bintulu mesti muntah..tapi pelik jugak la kali ni, Bad x muntah.Hebat!! mungkin fikir nak balik raya, terus hilang rasa nak muntah..
Sampai kt Bintulu pukul 12 tengah hari. Singgah kt Pasar Tamu dulu untuk beli buah tangan. Ikan terubuk masin & belacan Bintulu siap untuk Hajah Salmiah..bila dah selesai beli, terus ambik cab ke Bintulu Airport. Waa, bestnya time tu..syok sangat rasa nak balik kampung..

Sampai je kat airport, tengok schedule flight..alamak,retimed..tukar waktu pulak..nasib baik tak lama. 1 jam je..pukul 5:00 petang take off to LCCT. Begitu seronok rasa nak balik beraya bila dok di perantauan ni. bagi yang tak dapat pulang beraya, tabahkan hati anda. Sesungguhnya kita sedang berjuang untuk masa depan kita..akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN.








Selamat Hari Raya Aidilfitri



Saya mengambil kesempatan di sini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada kaum keluarga, sahabat handai di SMSTSP (2001), KMPP (2002), KTDI-UPM, dan KPLI-IPDA 2008 serta sesiapa saja yang mengenali diri ini. Maaf jika ada terkasar bahasa mahupun tingkahlaku sepanjang perkenalan ini dan diminta halalkan makan minum..berhati-hati semasa pulang ke kg halaman dan semoga Ramadhan yang bakal berakhir ini memberi seribu hikmah dan Syawal yang bakal menjelma disambut dengan penuh kesyukuran..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN.

berbuka puasa @ Wong Solo, Bdr Baru Bangi






thanks to jue sbb blanja berbuka puasa sempena selesai masternya.




P/S: ada no tepon Wong Solo x? nak wat tempahan utk tahun depan... :]